Thursday, 17 March 2011

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Asas Perbarisan

1)      Masuk Baris
-         Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
-         Semua ahli pengakap masuk baris.

2)      Sedia
-         Berdiri tegak.
-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.

3)      Senang Diri
-         Bukakan kaki kiri ke kiri.
-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.

4)      Rehatkan Diri
-         Seperti senang diri.
-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5)      Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
-         Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke arah kanan.
-         Betulkan kedudukan.
-       Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
-         Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.

6)      Ke kanan/ kiri Pusing
-         Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
-         Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.

7)      Kebelakang pusing
-         Seperti dengan ke kanan pusing.
-         Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.

8)      Buka Barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9)      Tutp barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.

10)  Langkah Ke Sebelah
-         Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
-         Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.

11)  Paras
-         a) Paras ahli tinggi di tengah
-         b) Paras ahli rendah di tengah
-         c) Paras ahli tinggi di kiri
-         d) paras ahli tinggi di kanan
-         Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
                        # yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
                        # jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
                        # Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
                        # Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

12)  Keluar Baris
-         diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
-         Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.

13)  Bersurai
-         Sama seperti keluar baris.
-         Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

  1. Dipercayai
  2. Taat
  3. Berguna
  4. Bersaudara
  5. Berbudi
  6. Kasihkan Binatang
  7. Menurut Perintah
  8. Tabah Hati
  9. Berjimat
  10. Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan

Lagu

A SCOUT IS TRUSTWORTHY

A SCOUT IS TRUSTWORTHY, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS LOYAL, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS HELPFUL, LORD, KUM BA YAH!
OH, LORD, KUM BA YAH.
A SCOUT IS FRIENDLY, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS COURTEOUS, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS KIND, LORD, KUM BA YAH!
OH, LORD, KUM BA YAH.
A SCOUT IS OBEDIENT, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS CHEERFUL, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS THRIFTY, LORD, KUM BA YAH!
OH, LORD, KUM BA YAH.
A SCOUT IS BRAVE, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS CLEAN, LORD, KUM BA YAH!
A SCOUT IS REVERENT, LORD, KUM BA YAH!
OH, LORD, KUM BA YAH.

ANAK KAMBING SAYA
 




DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA
ANAK KAMBING SAYA DIPOHON WARU
MANA SI MANA JANTUNG HATI SAYA
JANTUNG HATI SAYA DI KAMPUNG BARU
CA CA MARI CA HE HEI CA CA MARI CA HE HEI
CA CA MARI CA ADA DI KAMPUNG BARU
CA CA MARI CA ADA DI KAMPUNG BARU


Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

SIMPULAN DAN IKATAN


BUKU SILA

Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

BUNGA KETI
Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau